Wednesday, October 17, 2007

SELAMAT TINGGAL 9 FANTASI CINTA

ILUSI PERTAMA
"belum pernah ada lelaki lain yang menyayangi aku sebaik dia"lelaki yang bijak bermain kata-kata sudah pastinya boleh menjadi super duperbaik.dia melakukan semua perkara secara teratur agar kamu sedikitpun tidak mensyakinya.jadi kamu harus katakan pada diri kamu sebarang kebaikan yang dilakukan bukan untuk kamu tetapiuntuk kepentingan dia semata-mata.
PEGANG PADA PRINSIP : "aku layak untuk disayangi.pasti ada lelaki lain yang akan menyayangiaku lebih baik dari si dia."

ILUSI KEDUA
"si dia pasti berubah jadi lebih baik"jangan pernah mimpi kamu dapat merubah seseorang apatah lagisi dia yangsememngnya sudah terkenal dengan sikap playboynya.ini yang dikatakan terlalubanyak berilusi.setiap orang harus berubah dari dalam diri sendiri dan bukankerana orang lain.memng bohong kalau si dia beritahu kamu hanya kamu dapat merubahnya.
PEGANG PADA PRINSIP : "aku tidak akan menunggu dia terlalu lama sampai berubah.waktuku terlalu berharga untuk dihabiskan dengan hanya menunggunya."

ILUSI KETIGA
"aku masih bahagia sekarang"dia masih baik mungkin untuk saat ini sahaja.esok atau lusa belum jamin.bagi kamu selagitidak dipukul kamu masih boleh terus bertahan.tapi ingat si dia pasti menyeksa mental kamudan tidak mustahil juga akan meyeksa fizikal kamu bila kamu tidak dapat memenuhi apa yang diinginkan.
PEGANG PADA PRINSIP : "satu masa nanti dia pasti akan menyakiti aku seperti mana di lakukannyapada orang lain sebelum ini."

ILUSI KEEMPAT
"di masa akan datang aku mungkin tidak akan menemui lelaki sesempurna dia"kamu rasa si dia punya segala-galanya.ada rupa,duit yang banyak dan kerjaya yang baik.biarpundia banyak melukakanmu namun kerana apa yang dimilikinya kamu sanggup terus bersabar.kamu tidak seharusnya terlalu merendah diri.kamu juga cukup sempurna untuk memiliki lelakiyang sempurna.
PEGANG PADA PRINSIP : "aku yakin boleh dapat lelaki yang lebih baik dari dia."

ILUSI KELIMA
"semua orang perlu di beri peluang kedua"betu!namun kamu harus juga fikirkan dan kasihan diri kamu.mengapa harus mengorbankan danmenjerat diri.bercinta bukan penjara.kamu boleh beri peluang kedua dengan hanya berkawan dan membantumendengar masalahnya tetapi bukan menjalinkan ikatan istimewa dengannya.
PEGANG PADA PRINSIP : "dia boleh dapat peluang kedua tetapi bukan dengan aku."

ILUSI KEENAM
"semua orang mempunyai kekurangan,begitu juga dengan dia"jangan pernah mimpi kamu dapat merubah seseorang apatah lagisi dia yangkalimat inilah yang sering memerangkap kamu dengan cinta lelaki buaya.tidak perlu menerimakekurangan seseorang itu andai ianya amat merugikan kamu.kalau kekurangan itu hanya kecil-kecilanseperti tidak boleh bangun pagi atau suka tidur masih boleh di terima,tetapi kalau kaki perempuanatau kaki botol bagaimana? pokok pangkalnya jangan menyusahkan diri sendiri.
PEGANG PADA PRINSIP : "kalau kekurangan itu hanya menyakitkan aku sebaiknya berpisah sahaja."

ILUSI KETUJUH
"sekirannya dia bersama aku,pastinya dia tidak akan jahat seperti dulu"memang baik andai kamu disayangi olehnya dan dia boleh ikut apa yang kamu tetapkan untuknya.namun jangan begitu yakin.kalau si dia memang lelaki jenis liar,bukan mudah untuk kamumenjinakkannya.kamu mungkin jadi orang yang berterus-terusan berkorban dan hasilnya sentiasamenghampakan.
PEGANG PADA PRINSIP : "andai kamu boleh menyakiti hati orang lain kenapa tidak aku."

ILUSI KELAPAN
"kami telah berkongsi banyak hal bersama-sama,sayang andainya hubungan ini berkahir begitu sahaja"anggap sahaja semua hal yang kamu sudah kongsikan bersamanya sebagai hadiah untuk si dia.hadiah seharusnya diberikan dengan ikhlas.jangan takut merasa rugi andai kamu putus dengannya kerana kerugian kamu bakal semakin bertambah kalau tetao bertahan dengannya.
PEGANG PADA PRINSIP : "pengorbanan aku untuk dia cukup sampai di sini."

ILUSI KESEMBILAN
"aku terlalu mencintainya.tidak ada orang yang dapat menggantikan tempatnya andai kami berpisah"alasan ini memng sering kita dengar.kamukan belum mencuba berkenalan dengan lelaki yang lain.bukalah pintu hatimu seluas-luasnya.jangan bergantung hidup hanya pada seorang.dunia initerlalu luas untuk kamu terokai.
PEGANG PADA PRINSIP : "aku masih muda.masih banyak kesempatan untuk aku mencubaberkenalan dengan lelaki yang lain."

No comments: