Wednesday, October 17, 2007

LELAKI LEBIH MEMAKSA

ramai yang tahu cinta itu indahtidak hairanlah jika semua orang inginkan cinta.tetapi harus diingattidak semua pasangan bercinta itu bahagia.cinta tanpa disulami rasa setia,memahami dan tiada toleransiantara satu sama lain bisa menjadikannya goyah dan tidak berkekalan.selalunya apabila dikaitkandengan sikap tiada toleransi ini,lelaki sentiasa dipersalahkan.dikatakan lelaki sentiasa merasakandirinya berkuasa dibandingkan perempuan.sebaliknya perempuan juga merasakan dia tidak harus"TAKUT" pada buah hatinya itu.selain saling mencintai,kamu dan si dia sebenarnya juga harus salingmenghargai,menghormati,memberi semangat atau dorongan dan membantu antara satu sama lain.sayangnya prinsip itu belum difahami dengan lebih mendalam oleh kebanyakan LELAKI.benar sidia tidak mengokong kamu 100%,namun setiap kali kamu meminta izin untuk melakukan sesuatu,sudah tentusederet ayatnya.misalnya,boleh asalkan kamu begitu,begini,begitu dan begini.....
ini bermakna si dia membenarkan kamu pergi atau melakukan sesuatu tetapi dengan sejumlah 'bayaran'yang harus kamu patuhi dan tidak boleh berkata 'TIDAK'!sakit hatikan?apatah lagi 'belang'si dia yang kamu cintai itu terungkap setelah hubungan itu serius.tentu kamu tidak senang dibuatnya.jadi,bagaimana caranya untuk menghadapi tuntutan si dia itu tidak menjadi bom waktu pada bila-bilamasa akan menghancurkan perhubungan kamu?
lelaki yang cenderung menuntut teman wanitanya,membolehkan kekasihnya melakukan hobiatau minatnya,namun dengan sejumlah syarat merupakan gambaran lelaki yang sebenarnya tidak relateman wanitannya melakukan segala keinginan dengan bebas.
selain tidak rela dengan kebebasan teman wanitanya,baik dalam berkarier ataupun bergaul,si lelaki yang terlalu banyak menuntut ini kemungkinannya belum mempunyai kepercayaan yangpenuh terhadap pasangannya.contohnya menentukan pasangannya untuk berpenampilan tertentu,kerana si dia tidak mempercayai kamu boleh berpenampilan sesuai dengan standard yang diingini.

ANTARA KESEMPURNAAN DAN RASA EGO
mengapa lelaki itu perlu menunut?sebenarnya hobi menuntut ini salingberkait rapat dengan kecenderunganmale chauvinism,iaitu keinginana seorang lelaki untuk kelihatan 'lebih' dari seorang wanita.caranya,si dia menetapkan sejumlah syarat,peraturan atau larangan terhadap teman wanitanya.ini jugaingin menunjukkan bahawa si dia lebih berkuasa pada kekasihnya. sememangnya sudah lumrah male chauvinism ada pada setiap lelaki,tetapi dengan tahapberbeza-beza.apabila si lelaki ini dibesarkan dalam budaya dan keluarga yang mengagung-agungkanbahawa kaum lelaki lebih kuat dan lebih hebat daripada wanita,sifat ini semakin meningkat.sebaliknya,apabila lelaki dibesarkan dalam keluarga yang demokratis dan melihat sikap saling memahamidan mempercayai itu penting.kadar sifat inipun menurun.sudah tentu si dia akan berasa seganuntuk menuntut teman wanitannya kerana ia melihat pasangannya itu sebagai pasangan hidupyang perlu dihargai PENDAPATNYA.
selain itu,timbulnya sifat terlalu menuntut ini pada seseorang lelaki itu juga boleh terjadidisebabkan faktor didikan.misalnya sejak kecil si dia sudah terbiasa untuk memikul banyaktanggungjawab seperti tanggungjawab terhadap adik-adiknya.sebaik sahaja dia mempunyai teman hidup,dia akan menerapkan sikap itu terhadap teman hidup,dia akan menerapkan sikap itu dalam perhubungan cintanya.si dia merasakan dia mula bertanggungjawab ke atas si kekasih,dalam bentuk membuar peraturandan larangan untuknya.
sungguhpun begitu,lelaki penuntut bukanlah seorang lelaki yang perfectionist yang menginginkansegala sesuatu itu serba sempurna,baik bagi dirinya sendiri mahupun orang lain.ini bermakna diajuga turut berkeras terhadap dirinya sendiri untuk memenuhi 'standard' yang telah dicanang-canangkannyaitu.situasi ini berbeza dengan lelaki bersifat penuntut.dia akan melakukan terhadap orang lain,termasuk kekasihnya sendiri.misalnya,kepada teman wanitanya,dia menuntut agar berpenampilan rapidan bersih,tetapi dia sendiri tidak begitu mengambil berat kebersihan dan penampilan diri.
lelaki penuntut sebenarnya lebih cenderung ego kerana sifatnya yang selalu minta dihargai'lebih' dari teman wanitanya,membuatkan dia lebih mementingkan dirinya dan bukan orang lain.merekaini juga umumnya mengajukan tuntutan tanpa bertanya terlebih dahulu kepada kekasihnya.jikamemberikan alasan,biasanya mereka akan melenting atau 'naik darah'.

MENGALAH BUKAN PENYELESAIAN
menghadapi teman lelaki yang suka menuntut ada kalanya membuatkan ramai wanita suka mengalahsebelum tiba masanya.harus diingat,jika terlalu kerap mengalah dengan lelaki sebegini,sedangkankemahuannya itu semakin meningkat ia bole membahaykan perhubungan kamu.ini kerana,lama kelamaansikap manja kamu terhadap kekasihnya akan terhakis sedikit demi sedikit oleh perangai si diayang selalu menuntut itu.
wanita yang selalu jadi 'pak turut' tiba-tiba sahaja boleh jadi memberontak.tentulah perkara iniakan menimbulkan tanda tanya besar di hati si dia dan perasaan curiga mula bermukim,"jangan-jangandia ni dah ada lelaki lain?"atau'"jangan-jangan ada orang yang jadi 'batu api' menghasut dia,sehinggaberani untuk lepaskan aku"
lelaki ini mungkin tidak menyedari bahawa pemikiran wanita teman wanitanya itu sudah berkembang'atau sudah terlalu penat untuk menjadi 'pak turut'.para lelaki ini memilih bersikap 'defensif'.kamu yang sudah stress dengan tuntutan si dia nampak gayanya tidak kalah garangnya.akhirnya kamu tinggalmenanti waktu untuk menamatkan perhubungan tersebut. untuk itu,jika kamu tidak mahu perkara ini berlaku lebih baik kamu mengawal atau menghadapi tuntutan si dia itu agar tidak 'lebih-lebih'.jika berasa amat sukar untuk menyingkapnya,jangan sesekali merungut di belakangnya.ajak si dia berbicara dari hati ke hati tentangkeinginan dan harapan kamu.dengan perbincangan ini,mungkin lelaki yang suka menuntut ini mamputinggalkan tabiat buruk sekali gus kelemahan dirinya.

No comments: