Wednesday, October 17, 2007

9 TIPS PERGILAH DUKA

1.BUANG SEGALA YANG TIDAK BERMAKNA
kamu berhadapan dengan masalah kerja dan percintaan.jangan takut untuk ambil langkahbaru.tinggalkan segala yang membawa masalah pada kamu.biarpun pahit dan sukar untuk melakukannya,namun percayalah pada diri.kamu boleh dapat yang lebih baik dari itu.

2.BEBASKAN DIRIMU
sekiranya kamu baru putus cinta maka terbanglah kamu sebebas-bebasnya.buka pintu hatimu seluas-luasnya untul menerimacinta yang lain.bersedih itu biasa tetapi jangan sampai menyeksa diri.

3.KENALI DIRI
adakalanya kesibukan tugas membuat kamu sampai terlupa untuk diri sendiri.apa katakamu ambil cuti selama seminggu dan manjakan diri sendiri.manfaatkan hari ini untuk mengenali diri misalnya apa yang selama inikamu terlupa untuk lakukan.jauhkan dari menonton televisyen,mendengar radio atau lain-lain.biarkan hidup jadi lebih simple dalam sesaat dan segera temukan 'the real you'!!!!

4.JADI DIRI SENDIRI
selama ini kamu banyak ikut dan fikir apa yang orang lain mahu kamu pakai.apa yang orang lain mahu kamu pakai.namun kali ini apa kata kamu jadi apa yang kamu mahu.andai kamu lebih selesa berpakaian't-shirt','seluar jeans' dan 'sandle' teruskan.begitu juga dengan gaya rambut kamu.andainya kamu mahu ubah gaya rambut kenapaperlu tunggu lagi.mungkin kamu menyesal kerana ramai yang kata tidak cantik tetapi kalau inilah gaya yang kamu inginkanjangan fikir apa orang lain mahu kata.apa yang penting kamu selesa jadi diri sendiri.

5.KEKURANGAN ITU BIASA
adakalanya kamu rasa marah dan benci pada seseorang itu kerana sikapnya yang tidak menyenangkan.namun anggaplah itu adalah salah satu kekurangannya.kamu perlu akur dan terima.jangan rosakkankebahagiaan yang kamu kecapi hanya kerana kehadiran dia dalam hidup kamu.biarpun tertekan kerana berhadapan dengan orang sepertinya,namun andai kamu selalu fikir positif tentangnya tekanan itu akan hilang dengan sendirinya.

6.PELBAGAIKAN CITARASA
cubalah untuk mempelbagaikan cuta rasa kamu memilih makanan.jangan hanya tertumpu pada satu jenis sahaja sedangkan kamu sebenarnya mempunyai banyak pilihan.misalnya bila kebiasaannya kamu suka makan chinese food mungkin kali ini kamu boleh mencuba thai food.bila tidak di cuba dari sekarang bagaimana kamu harus menemukan sesuatu yang baru dalam hidup.

7.BUANG BARANG-BARANG LAMA
saat pindah ke rumah baru buang semua barang-barang lama yang tidak berguna.mungkin sayng untuk kamu menyingkirkannya.tetapipercayalah hal ini sangat membantu untuk menjadikan hidup lebih bahagia.barang lama akan membuatkan kamusentiasa mengingati kenangan silam yang tidak sepatutnya diingat lagi.beranilah hadapi risikomembuang semua kenangan itu untuk kehidupan yang lebih baik di mada akan datang.

8.UNGKAPKAN ISI HATI
jangan biarkan diri kamu terperangkap rasa bersalah dengan tidak mengatakan apa yang terbuku dalam hati.buat diri kamu lebih bahagia dengan mengungkapkan segala hal yang ada dalam hati.jika memang rindu padanya katakan sahaja.bila merasa bersalah sampaikan maaf yang mendalam.apa pun yang kamu rasakan katakan!!!jangan cuba untukmenunda bahkan melewatkannya sehingga di kemudian hari.

9.MAAFKAN ORANG LAIN
hal ini berlaku bagi kamu yang pernah berbuat tidak baik pada orang.mungkin terjadibeberapa tahun yang lalu namun luka itu tetap membekas dalam hati.saatnya untukmelepaskan dendam walaupun sangat sulit.jangan bergekut dengan perasaan itu,lepaskan sahaja apa adanya.katakan pada diri kamu semua sudah berakhir saatnya untuk maju selangkah...

No comments: