Monday, November 5, 2007

10 LELAKI KAKI TEMBERANG

1.MEMINTA-MINTA
ini memang tujuan asalnya iaitu menjadikan kamu sebagai lombong emasnya.setiap kali pergi shopping,ada sahaja yang dimintanya.biarpun si dia tahu apa yang dimintanya itu akan menyusahkan kamu.namun si dia langsung tidak fikirkan tentang kesusahan kamu.

2.PENTINGKAN DIRI
apa sahaja yang diambil semua untuk kepentingan dirinya sahaja.si dia langsung tidak fikirkan situasi kamu.sikap pentingkan diri sendirinya biasannya boleh dilihat dengan jelas.

3.MENDESAK
si dia sering mendesak kamu mengikut katanya dan membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.biarpun kadangkala apa yang dikatanya itu tidak logik untuk diikut,tetapi kerana sikapnya yang suka mendesak si dia pun tidak mempedulikan perasaan kamu.

4.MENGUNGKIT
seklai dia membuat kebaikan,diungkit berkali-kali seperti dia seorang yang baik dan banyak berkorban.

5.IRI HATI
si dia tidak akan selesa atau iri hati melihat kelebihan yang ada pada pasangannya.

6.HARAPKAN BALASAN
si dia mengharapkan balasan di atas setiap apa yang dilakukannya untuk kamu.perkataan lain, si dia tidak ikhlas membantu kamu.

7.PUTAR BELIT
cakapnya tidak serupa bikin atau lembut gigi dari lidah.hari ini cakap lain esok lain jadinya.

8.TIDAK TEPATI JANJI
apabila berjanji tidak pernah tepati.ada sahaja alasan yang diberkan apabila waktu menunaikan janjinya.bukan itu sahaja,si dia juga selalu tidak menepati masa apabila berjanji dengan kamu.

9.BERAT TULANG
lelaki yang suka ambil kesempatan ini sellaunya pemalas dan sering tidur di waktu siang.manakala suka berjaga malam untuk tujuan keseronokan.orang lain membanting tulang bekerja cari duit,dia pula hanya mangharapkan kamu akan menanggungnya.

10.TIDAK SANGGUP SUSAH
setiap kali kamu dalam kesusahan si dia pasti menghilangkan diri.si dia tidak sanggup susah bersama kamu.tetapi jika kamu senang setiap masa dia kan berada di sisi kamu.

No comments: